Monday, 5 March 2012

Virus yang menjengkelkan...

Ok...hari ini aku nak sembang sikit pasal 1 virus yg nak kata danger sangat takde la tapi aku sure korang mesti tak suka giler dgn virus ni... Virus tu ialah virus shortcut & hidden. Aku pun tak tahu apa nama saintifik virus ni tapi tengok pada kesannya aku gelar virus shortcut jer...Virus ni secara automatik akan menukar segala folder/fail dalam pendrive korang menjadi shortcut @ hidden (disorokkan). Bila connect jer pendrive dalam laptop/PC yang ada virus ni dengan serta-merta data dalam pendrive jadi shortcut...



Paparan folder/file yang diserang virus shortcut


So...korang mesti rasa menggelabah, cuak, risau, sakit hati, rasa nk nangis & sewaktu dengannya sebab dalam pendrive korang ada data penting macam assigment, gambar, video & apa-apa jer yg korang rasa sayang nak buang... TUP-TUP hilang. Waaa..TOLONG!! macam mana nak dapatkan balik semua tu.


Kalaulah ada butang HELP kan senang. Tekan jer.. HEHE


Korang jangan risau sebab ada jalan penyelesaiannya. Dulu aku pun pernah terkena & rasa apa yang korang rasa bila ditimpa bencana ni ( macam teruk sangat je bunyinya)..hehe.Tapi kemudian aku buat research sikit di Google, then dapat la solusinya... Alhamdulillah.. Sebenarnya mudah jer nak settlekan masalah virus ni. Korang hanya perlu mendownload sejenis antivirus buatan Indonesia yang bernama SMADAV. Ada lagi beberapa antivirus yang lain tapi aku prefer SMADAV lagi sebab saiznya kecil, ringan & mampu menghapuskan virus shortcut/hidden dengan cepat & berkesan.


Logo SMADAV


Antivirus SMADAV ni ada 2 versi iaitu free & pro. Korang guna free pun da cukup tapi kalau yang pro  kena beli serial/lesen. Terpulang pada pilihan masing-masing. Tapi aku guna pro tanpa bayaran. Nak hidup kenalah pandai..hahaha (ketawa jahat). Korang boleh lah download antivirus tu di link bawah ni.